09
Oct
09

Resort Lata Ulu Lawin

Lata Ulu Lawin terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Lawin menerusi lebuhraya Kuala Kangsar-Gerik. Terletak didalam daerah Hulu Perak, seseorang itu boleh melawat Lata Ulu Lawin dengan menggunakan kereta, malah berkumpulan dengan bas.

Peta Malaysia 1

Peta Hulu Perak 1

Peta Lata Lawin 1

09
Oct
09

Bagaimana hendak kesana

Lata Ulu Lawin terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Lawin, sebuah pekan kecil dalam Mukim Kenering, 76 Kilometer dari Plaza Tol Kuala Kangsar sekiranya seseorang itu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Dari Plaza Tol Kuala Kangsar, anda perlu mengambil Lebuhraya Kuala Kangsar-Gerik dan akan melewati Lenggong, Sumpitan, Air Kala, Selat Pagar sebelum sampai kepekan Lawin.

Bagi mereka yang datang dari arah Baling atau menggunakan Lebuhraya Timur-Barat, pekan Lawin terletak 23 kilometer dari pekan Gerik, menggunakan Lebuhraya Gerik-Kuala Kangsar.

Sekiranya anda menggunakan bas, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas Kuala Kangsar – Lenggong – Gerik, ataupun menggunakan perkhidmatan bas ekspress  Ipoh – Gerik.

Perak Roadways yang berpengkalan di Medan Kidd Ipoh menjalankan perkhidmatan bas ekspress dari Ipoh ke Gerik.

08
Oct
09

Kem Satu Malaysia. Pejabat Pelajaran Daerah Grik.

DSC00952

DSC00958

DSC00976

DSC01009

DSC00990

DSC01006DSC00996

08
Oct
09

Peta Resort dan Persekitaran

peta lawin

08
Oct
09

Berkayak di Sungai Kenering

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan.

1. Novice. Untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman berkayak dan hanya mahu berkayak untuk berseronok ataupun beriadah. Peserta akan dibawa ke Tasik Raban dimana aktiviti berkayak dilakukan diair tasik yang tenang. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM6.00 sejam untuk kayak satu tempat duduk dan RM12.00 sejam untuk kayak dua tempat duduk.

Bot Kayuh juga disediakan di Tasik Raban dengan bayaran RM10.00 sejam.

2. Intermediate. Kg. Lawin ke Belum Baru. Jangkamasa berkayak adalah lebih kurang dua jam. Peserta akan diiringi oleh seorang jurulatih kerana perjalanan merentasi Sungai Kenering yang deras dan banyak batu-batu ditengah sungai. Sesuatu yang mencabar dan sesuai kepada mereka yang sudah boleh mengendali kayak diarus deras.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM70.00 untuk satu perjalanan.

3. Expert. Kg. Lawin ke Kg. Sawa. Jangkamasa perjalanan ialah kira-kira 5 jam dan hanya untuk mereka yang mahukan cabaran yang lebih menyeronokkan. Peserta akan berkayak diarus deras sungai Kenering. Walaupun airnya tidak dalam, tetapi arus deras akan merupakan satu keseronokan, terutamanya ketika cuba mengelak batu-batu yang banyak disepanjang sungai.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk satu perjalanan.

Berkayak di Sungai Kenering ini hanya akan dilakukan bagi kumpulan yang mengandungi tidak kurang dari 7 orang.

08
Oct
09

Abseiling / Rock Climbing

Sedang dikemaskini

08
Oct
09

Berakit di Sungai Perak

Rakit buluh yang diikat pada pelampung digunakan dan setiap rakit mampu menampung seramai sepuluh orang.

Pihak kami akan mengadakan program ini bagi kumpulan tidak kurang dari 30 orang dimana 3 rakit akan digunakan. Satu bot penyelamat akan mengiringi rakit-rakit tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini dan bagi setiap ekspedisi, sekurang-kurangnya 3 orang krew penyelamat akan mengiringi dan diketuai oleh seorang jurulatih bertauliah.

Jangkamasa berakit ialah kira-kira satu jam setengah, bermula dari Kg. Sawa ke Air Kala.

Kos bagi satu ekspedisi yang mengandungi 3 rakit ini berjumlah RM1500.00 dan bagi setiap rakit berikutnya akan dikenakan caj sebanyak RM300.00 yang memuatkan 10 peserta bagi setiap rakit.




TENTANG RESORT

• Lokasi

• Peta Resort dan Persekitaran

• Bagaimana hendak kesana

• Penginapan dan Kemudahan

• Hubungi kami

AKTIVITI YANG DIANJURKAN

• Perkemahan

• Kem Alam Sekitar

• Jungle Trekking

• Mendaki Gunung Inas

• Jelajah Sungai Perak

• Berakit di Sungai Perak

Abseiling / Rock Climbing

Berkayak di Sungai Kenering

MAKANAN YANG DISEDIAKAN

• Menu makanan berdasarkan pakej penginapan

Pakej A (2 h / 1m)

Pakej B (3h / 2m)

Pakej C (Program Khas)

KADAR DAN BAYARAN

Jenis-Jenis Pakej dan Kadar

PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Program Pembangunan Desa Eko-Lestari

Kem 1Malaysia: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

30-31 Okt. SMK Gerik

6-8 Nov. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

9-12 Nov. TLDM. KD Sri Pelanduk.

13-15 Nov. SK TIWA Batu Gajah.

29 Nov- 4 Dec. International Workcamp on Peace and Environment.

4-6 Dec. Persatuan Pandu Puteri Perak.

18-20 Dec. UPSI Tanjong Malim.
Februari 2017
M T W T F S S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728