04
Oct
09

Program Pembangunan Desa Eko-Lestari

Pengenalan

Pembinaan Desa Eko-Lestari merupakan sebahagian daripada program pengajian alam sekitar yang dirancang sebagai salah satu program kemasyarakatan luar kampus yang akan dilaksanakan melalui penglibatan mahasiswa-mahasiswa dengan kerjasama penduduk-penduduk tempatan.

Program yang berjalan selama tiga hari dua malam ini akan membuat kajian mengenai sosio-ekonomi penduduk setempat dan keadaan alam sekitar dengan harapan akan dapat mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar dan mengenalpasti potensi pertumbuhan ekonomi.

Objektif

• Memahami dan mempelajari isu-isu tempatan, bukan sahaja masalah malah daya tarikan dan keistimewaan.

• Meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu setempat.

• Menarik minat penduduk setempat untuk melibatkan diri di dalam perancangan dan pengurusan tentang penyelesaian masalah dan pemeliharaan daya tarikan.

• Menggalakkan sikap kebertanggungjawaban di kalangan penduduk terhadap persekitaran.

• Mengiktiraf peranan penduduk.

Adalah diharapkan, program ini akan dapat mewujudkan kesedaran sivik tentang betapa perlunya pemeliharaan alam sekitar di kalangan penduduk, terutamanya pelajar-pelajar di kawasan berkaitan.

Program Pembinaan Desa Eko-Lestari

Program ini akan dijalankan di bawah seliaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).Program ini merupakan kajian awal untuk mengenal pasti kawasan dan keadaan setempat dan fokus kajian akan ditumpukan dalam Mukim Kenering, dalam Daerah Hulu Perak. (Rujuk Peta 1 & 2)
Kajian ini mempunyai beberapa fasa, dan program awal ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan statistic awal untuk kajian seterusnya.
Program akan berlangsung selama tiga hari dua malam dan tumpuan akan diberikan kepada kawasan Kg. Lawin, Kg. Malau, Kg. Belum Baru, Kg. Air Jada dan Kg. Rancangan Merah. Selain daripada membuat kajian tentang sosio-ekonomi penduduk, program ini juga akan mengenalpasti daya tarikan yang terdapat dikawasan tersebut seperti seni warisan yang terdapat pada rumah-rumah lama, kawasan tarikan pelancong dan prospek ekonomi. (Rujuk Peta 3)

Peserta

Seramai 21 mahasiswa UiTM akan mengambil bahagian dengan diiringi 6 pensyarah.

Tarikh

Program akan dilangsungkan pada 2, 3 dan 4 Oktober 2009.
Aturcara program dilampirkan.

Kawasan Kajian

Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada enam kumpulan untuk membuat kajian yang merangkumi lima kampung:

1. Kg. Ulu Lawin.
2. Kg. Malau.
3. Kg. Air Jada.
4. Kg. Belum Baru.
5. Kg. Rancangan Merah.

Sekalung Penghargaan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan individu yang terlibat dalam membantu program ini.

1.YB. Tuan Hj. Tarmizi bin Idris
Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering,
Pusat Khidmat Masyarakat DUN kenering,
33410, Lawin, Gerik, Perak.

2. En. Zulfakar bin Ahmad
Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Hulu Perak
Pejabat Daerah dan Tanah, 33000 Gerik, Perak.

3.En. Muhamad Hasli bin Hasan
Penghulu Mukim Kenering
Pejabat Penghulu Mukim Kenering, Kenering , 33300 Gerik, Perak.
HP: 019-5109109
Email: reqcorn968@yahoo.com

4.Sdr. Mohamad Iruan bin Zulkefli
Ketua Pemuda Umno Bhg. Lenggong
87F, Kg. Malau, 33300 Gerik ,Perak.

Senarai Ketua-Ketua Kampung:

Kg. Lawin

Ketua Kampung: Hj. Khalib bin Buyong
Alamat: No. 17A, Kg. Ulu Lawin, Kenering, 33300 Gerik, Perak.
Tel: 013-4292456 / 05-7914746

Kg. Malau

Ketua Kampung: En.Abd. Latif bin Ismail
Alamat: No. 83, Kg. Malau, Kenering, 33300 Gerik, Perak.
Tel: 012-4191159 / 05- 7913479

Kg. Air Jada

Ketua Kampung: En.Daud bin Hassan
Alamat: Kg. Air Jada, Kenering, 33300 Gerik, Perak.
Tel: 012-5874012

Kg. Belum Baru

Ketua Kampung: Hj. Mat Naron bin Mohammad
Alamat: No. 5, Kg. Belum Baru, 33300 Gerik, Perak.
Tel: 012-5636952 / 05-7912475

Kg. Rancangan Merah

Ketua Kampung: En. Serajudin bin Hassan
Tel: 017-5957108

Peta 1: Daerah Hulu Perak

DSC00661

Peta 2: Mukim Kenering

Mukim Kenering

Peta 3: Kawasan Kajian

Kawasan Kajian

————————————————————————————————

Hari Pertama (2 Oktober 2009)

DSC00829

Dari kiri: En. Mohsin,En. Zulfakar, En. Mohd. Hasli (Penghulu Kenering) dan Dr. Siti Korota'aini Omar (UiTM)

Program bermula di Dewan Orang Ramai Kg. Ulu Lawin dimana satu majlis taklimat telah diadakan. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Hulu Perak, En Zulfakar telah memberikan taklimat denga panjang lebar mengenai pelan pembangunan daerah Hulu Perak kepada Siswa-siswa yang mengambil bahagian.

DSC00827Turut memberikan taklimat pada petang tersebut ialah Penghulu Mukim Kenering, En. Mohd. Hasli yang telah menceritakan tentang sejarah Mukim Kenering, dan juga penerangan tentang kampung-kampung yang terlibat dalam kajian yang akan dilakukan.

Manakala Prof. Madya Dr. Siti Korota’aini pula menerangkan tentang konsep Pembangunan Desa Eko-Lestari dan program yang telah dilakukan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum ini.

DSC00902

Menikmati juadah di Resort Lata Lawin

Rombongan UiTM ini telah menggunakan Resort Lata Lawin sebagai pengkalan mereka dalam kajian asas yang dijalankan selama tiga hari ini.  Disini, mereka mengatur perancangan, membentuk kumpulan dan menjalankan persediaan untuk program keesokan harinya.

—————————————————————————————

Hari Kedua (3 Oktober 2009)

DSC00846

Bersedia untuk menjelajah Sungai Perak dengan menaiki bot.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah dengan menjelajah Sungai Perak dari Kg. Sawa hingga ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah di Empangan Kenering. Perjalanan dari Kg. Sawa ke Empangan Kenering mengambil masa kira-kira 20-30 minit.

DSC00867

Empangan Kenering dilihat dari Sungai Perak

DSC00870

Pelajar-Pelajar berada ditengah-tengah Sungai Perak

Jelajah menyusur Sungai Perak ini dibuat untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di pesisir sungai, yang secara tidak langsung menceritakan tentang status alam sekitar pada masa ini. Keadaan air yang tidak lagi jernih, boleh disebabkan oleh pencemaran yang berlaku disepanjang sungai.

DSC00887

Pelajar bersama-sama dengan Ketua Kampung Ulu Lawin, Tuan Hj. Khalib bin Buyong

Disebelah petangnya pula, pelajar-pelajar melakukan lawatan kekampung-kampung didalam kawasan kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelebihan, kekurangan, ancaman dan potensi sesebuah kampung itu. Pelajar-pelajar dibawa oleh seorang jurutunjuk yang merupakan pemimpin kampung dengan memberi penerangan tentang kemajuan, masalah dan keindahan kampung.

___________________________________________________________

Hari Ketiga (3 Oktober 2009)

DSC00894Pembentangan

Majlis pembentangan hasil kajian dilakukan di Dewan Orang Ramai Kg. Ulu Lawin dengan turut dihadiri oleh ADUN Kenering, Tuan Hj. Mohd. Tarmizi Idris, Penghulu Mukim Kenering, En. Mohd. Hasli Hasan, dan Ketua-ketua kampung yang terlibat.

Para pelajar telah membentangkan hasil pemerhatian mereka, mengemukakan cadangan-cadangan dan pandangan tentang bagaimana untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung.

gambar ramai

Pihak pengurusan Lata Ulu Lawin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Hj. Tarmizi, En Mohd. Hasli, En Zulfakar, Ketua-ketua kampung, penduduk-penduduk kampung diatas kerjasama yang diberikan demi untuk menjayakan program ini.

Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UiTM, khusunya Dr. Siti Korota’aini Omar dan pensyarah-pensyarah yang lain, kerana memilih kawasan Mukim Kenering untuk dijadikan kawasan kajian Pembangunan Desa Eko-Lestari, dimana hasil kajian ini dapat membantu penduduk-penduduk kampung untuk menyediakan perancangan tentang apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan kesedaran tentang menjaga alam sekitar.

Nota: Program Pembangunan Desa Eko-Lestari ini di uruskan bersama oleh Pengurusan Resort Lata Ulu Lawin dan Service Civil International Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SCI, sila lawati SCI Malaysia.


3 Responses to “Program Pembangunan Desa Eko-Lestari”


  1. 1 awang kontang
    Oktober 21, 2009 at 11:18 am

    nie student dr fakulti mne?
    mcm student Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi je..
    bgus la diaorg nie..jauh2..dtg walau tnpe duit..naik kereta sndri..mmg nmpk usaha la.
    semoga program ini dpt memeberi bnyk faedah kapada msyarakt di kenering.
    lata lawin tu cntik..tp x di jaga..TOLONG LA JAGA..ia BERSAMA-SAMA.
    JGN LA JD PMALAS…nk harap kn org lain..je.
    dgr kata caj di kene kan mahal..
    tak berpatutan..dgn servis yg di sediakan..
    kne kji blik caj tu..

  2. 2 Muhammad Hasli Bin Hasan
    Oktober 30, 2009 at 4:09 pm

    Camana gambor aku kuar ni.Tapi Lata ni mmgh best.

  3. 3 Muhammad Hasli Bin Hasan
    Oktober 30, 2009 at 4:10 pm

    Cadangan dan pandangan oleh pihak Universiti amat baik dalam memberikan pandangan memastikan agar kehijauan serta tujuan program ini berjaya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


TENTANG RESORT

• Lokasi

• Peta Resort dan Persekitaran

• Bagaimana hendak kesana

• Penginapan dan Kemudahan

• Hubungi kami

AKTIVITI YANG DIANJURKAN

• Perkemahan

• Kem Alam Sekitar

• Jungle Trekking

• Mendaki Gunung Inas

• Jelajah Sungai Perak

• Berakit di Sungai Perak

Abseiling / Rock Climbing

Berkayak di Sungai Kenering

MAKANAN YANG DISEDIAKAN

• Menu makanan berdasarkan pakej penginapan

Pakej A (2 h / 1m)

Pakej B (3h / 2m)

Pakej C (Program Khas)

KADAR DAN BAYARAN

Jenis-Jenis Pakej dan Kadar

PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Program Pembangunan Desa Eko-Lestari

Kem 1Malaysia: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

30-31 Okt. SMK Gerik

6-8 Nov. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

9-12 Nov. TLDM. KD Sri Pelanduk.

13-15 Nov. SK TIWA Batu Gajah.

29 Nov- 4 Dec. International Workcamp on Peace and Environment.

4-6 Dec. Persatuan Pandu Puteri Perak.

18-20 Dec. UPSI Tanjong Malim.
Oktober 2009
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

%d bloggers like this: