07
Oct
09

Penginapan dan Kemudahan

DSC00622Resort Lata Lawin merupakan tempat perkelahan yang masih belum tercemar kerana ia terletak didalam kawasan tadahan air yang dipelihara. Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkelah dan berehat dihujung minggu dan sebahagian daripada kawasan dibuka kepada kepada orang ramai .

Air Sungai Lawin yang mengalir jernih menjadi tempat bermandi-manda dan menjadi tumpuan kerana airnya cetek dan sesuai untuk membawa anak-anak.

DSC00642Terdapat empat buah chalet dikawasan ini yang boleh menampung maksima empat orang bagi setiap satu, yang dilengkapi dengan bilik mandi. Satu katil (double-bed) disediakan manakala dua tilam tambahan boleh disediakan jika perlu. Kemudahan memasak tidak disediakan dan pengunjung tidak dibenarkan memasak didalam chalet, sebaliknya satu ruang memasak disediakan berhampiran dengan dewan makan.

DSC00958Bagi mereka yang ingin berkhemah, Resort Lata Lawin menyediakan peralatan perkhemahan dan mampu menyediakan kemudahan bagi maksima 200 orang bagi sesuatu masa.

DSC00975Sebuah dewan terbuka disediakan yang mampu menampung 200 orang untuk majlis-majlis penerangan/taklimat/ceramah, ataupun 100 orang untuk bengkel atau seminar. Peralatan-peralatan yang diperlukan seperti sistem siaraya, whiteboard, projector dan screen juga disediakan.

DSC00636 Dewan makan terbuka disediakan dimana para pengunjung boleh memilih untuk memasak sendiri ataupun menggunakan khidmat katering yang disediakan oleh pihak pengurusan. Pengurusan Lata Lawin juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis perkelahan ataupun majlis-majlis yang seumpamanya, yang tidak memerlukan penginapan.

DSC00626 Dewan serbaguna terbuka ini disediakan untuk pelbagai tujuan. Ada masanya, ia digunakan untuk solat berjemaah bagi kumpulan yang ramai, ataupun boleh digunakan sebagai tempat bengkel atau pun seminar.

Secara keseluruhan, kemudahan-kemudahan di Resort Lata Ulu Lawin ini adalah berkonsepkan mesra alam , dimana kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah secara asas, dimana pengunjung dapat menikmati keindahan alam semulajadi, sementara berseminar ataupun untuk beriadah bersama keluarga.


0 Responses to “Penginapan dan Kemudahan”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


TENTANG RESORT

• Lokasi

• Peta Resort dan Persekitaran

• Bagaimana hendak kesana

• Penginapan dan Kemudahan

• Hubungi kami

AKTIVITI YANG DIANJURKAN

• Perkemahan

• Kem Alam Sekitar

• Jungle Trekking

• Mendaki Gunung Inas

• Jelajah Sungai Perak

• Berakit di Sungai Perak

Abseiling / Rock Climbing

Berkayak di Sungai Kenering

MAKANAN YANG DISEDIAKAN

• Menu makanan berdasarkan pakej penginapan

Pakej A (2 h / 1m)

Pakej B (3h / 2m)

Pakej C (Program Khas)

KADAR DAN BAYARAN

Jenis-Jenis Pakej dan Kadar

PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Program Pembangunan Desa Eko-Lestari

Kem 1Malaysia: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

30-31 Okt. SMK Gerik

6-8 Nov. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

9-12 Nov. TLDM. KD Sri Pelanduk.

13-15 Nov. SK TIWA Batu Gajah.

29 Nov- 4 Dec. International Workcamp on Peace and Environment.

4-6 Dec. Persatuan Pandu Puteri Perak.

18-20 Dec. UPSI Tanjong Malim.
Oktober 2009
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

%d bloggers like this: