08
Okt
09

Berkayak di Sungai Kenering

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan.

1. Novice. Untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman berkayak dan hanya mahu berkayak untuk berseronok ataupun beriadah. Peserta akan dibawa ke Tasik Raban dimana aktiviti berkayak dilakukan diair tasik yang tenang. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM6.00 sejam untuk kayak satu tempat duduk dan RM12.00 sejam untuk kayak dua tempat duduk.

Bot Kayuh juga disediakan di Tasik Raban dengan bayaran RM10.00 sejam.

2. Intermediate. Kg. Lawin ke Belum Baru. Jangkamasa berkayak adalah lebih kurang dua jam. Peserta akan diiringi oleh seorang jurulatih kerana perjalanan merentasi Sungai Kenering yang deras dan banyak batu-batu ditengah sungai. Sesuatu yang mencabar dan sesuai kepada mereka yang sudah boleh mengendali kayak diarus deras.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM70.00 untuk satu perjalanan.

3. Expert. Kg. Lawin ke Kg. Sawa. Jangkamasa perjalanan ialah kira-kira 5 jam dan hanya untuk mereka yang mahukan cabaran yang lebih menyeronokkan. Peserta akan berkayak diarus deras sungai Kenering. Walaupun airnya tidak dalam, tetapi arus deras akan merupakan satu keseronokan, terutamanya ketika cuba mengelak batu-batu yang banyak disepanjang sungai.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk satu perjalanan.

Berkayak di Sungai Kenering ini hanya akan dilakukan bagi kumpulan yang mengandungi tidak kurang dari 7 orang.


2 Respon to “Berkayak di Sungai Kenering”


  1. Julai 27, 2013 at 1:31 am

    Wow that was odd. I just wrote an extremely long comment but after I clicked submit my comment didn’t show up. Grrrr… well I’m not writing all that over
    again. Anyway, just wanted to say wonderful blog!


Tinggalkan komen


TENTANG RESORT

• Lokasi

• Peta Resort dan Persekitaran

• Bagaimana hendak kesana

• Penginapan dan Kemudahan

• Hubungi kami

AKTIVITI YANG DIANJURKAN

• Perkemahan

• Kem Alam Sekitar

• Jungle Trekking

• Mendaki Gunung Inas

• Jelajah Sungai Perak

• Berakit di Sungai Perak

Abseiling / Rock Climbing

Berkayak di Sungai Kenering

MAKANAN YANG DISEDIAKAN

• Menu makanan berdasarkan pakej penginapan

Pakej A (2 h / 1m)

Pakej B (3h / 2m)

Pakej C (Program Khas)

KADAR DAN BAYARAN

Jenis-Jenis Pakej dan Kadar

PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Program Pembangunan Desa Eko-Lestari

Kem 1Malaysia: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

30-31 Okt. SMK Gerik

6-8 Nov. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

9-12 Nov. TLDM. KD Sri Pelanduk.

13-15 Nov. SK TIWA Batu Gajah.

29 Nov- 4 Dec. International Workcamp on Peace and Environment.

4-6 Dec. Persatuan Pandu Puteri Perak.

18-20 Dec. UPSI Tanjong Malim.
Oktober 2009
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031