Archive for the 'Resort' Category

09
Okt
09

Resort Lata Ulu Lawin

Lata Ulu Lawin terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Lawin menerusi lebuhraya Kuala Kangsar-Gerik. Terletak didalam daerah Hulu Perak, seseorang itu boleh melawat Lata Ulu Lawin dengan menggunakan kereta, malah berkumpulan dengan bas.

Peta Malaysia 1

Peta Hulu Perak 1

Peta Lata Lawin 1

09
Okt
09

Bagaimana hendak kesana

Lata Ulu Lawin terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Lawin, sebuah pekan kecil dalam Mukim Kenering, 76 Kilometer dari Plaza Tol Kuala Kangsar sekiranya seseorang itu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Dari Plaza Tol Kuala Kangsar, anda perlu mengambil Lebuhraya Kuala Kangsar-Gerik dan akan melewati Lenggong, Sumpitan, Air Kala, Selat Pagar sebelum sampai kepekan Lawin.

Bagi mereka yang datang dari arah Baling atau menggunakan Lebuhraya Timur-Barat, pekan Lawin terletak 23 kilometer dari pekan Gerik, menggunakan Lebuhraya Gerik-Kuala Kangsar.

Sekiranya anda menggunakan bas, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas Kuala Kangsar – Lenggong – Gerik, ataupun menggunakan perkhidmatan bas ekspress  Ipoh – Gerik.

Perak Roadways yang berpengkalan di Medan Kidd Ipoh menjalankan perkhidmatan bas ekspress dari Ipoh ke Gerik.

08
Okt
09

Hubungi kami

Untuk Tempahan, Lawatan Tempat dan maklumat lanjut, hubungi:

Afandi Ahmad 013-5935721

Email: afandi59@gmail.com.

07
Okt
09

Penginapan dan Kemudahan

DSC00622Resort Lata Lawin merupakan tempat perkelahan yang masih belum tercemar kerana ia terletak didalam kawasan tadahan air yang dipelihara. Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkelah dan berehat dihujung minggu dan sebahagian daripada kawasan dibuka kepada kepada orang ramai .

Air Sungai Lawin yang mengalir jernih menjadi tempat bermandi-manda dan menjadi tumpuan kerana airnya cetek dan sesuai untuk membawa anak-anak.

DSC00642Terdapat empat buah chalet dikawasan ini yang boleh menampung maksima empat orang bagi setiap satu, yang dilengkapi dengan bilik mandi. Satu katil (double-bed) disediakan manakala dua tilam tambahan boleh disediakan jika perlu. Kemudahan memasak tidak disediakan dan pengunjung tidak dibenarkan memasak didalam chalet, sebaliknya satu ruang memasak disediakan berhampiran dengan dewan makan.

DSC00958Bagi mereka yang ingin berkhemah, Resort Lata Lawin menyediakan peralatan perkhemahan dan mampu menyediakan kemudahan bagi maksima 200 orang bagi sesuatu masa.

DSC00975Sebuah dewan terbuka disediakan yang mampu menampung 200 orang untuk majlis-majlis penerangan/taklimat/ceramah, ataupun 100 orang untuk bengkel atau seminar. Peralatan-peralatan yang diperlukan seperti sistem siaraya, whiteboard, projector dan screen juga disediakan.

DSC00636 Dewan makan terbuka disediakan dimana para pengunjung boleh memilih untuk memasak sendiri ataupun menggunakan khidmat katering yang disediakan oleh pihak pengurusan. Pengurusan Lata Lawin juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis perkelahan ataupun majlis-majlis yang seumpamanya, yang tidak memerlukan penginapan.

DSC00626 Dewan serbaguna terbuka ini disediakan untuk pelbagai tujuan. Ada masanya, ia digunakan untuk solat berjemaah bagi kumpulan yang ramai, ataupun boleh digunakan sebagai tempat bengkel atau pun seminar.

Secara keseluruhan, kemudahan-kemudahan di Resort Lata Ulu Lawin ini adalah berkonsepkan mesra alam , dimana kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah secara asas, dimana pengunjung dapat menikmati keindahan alam semulajadi, sementara berseminar ataupun untuk beriadah bersama keluarga.




TENTANG RESORT

• Lokasi

• Peta Resort dan Persekitaran

• Bagaimana hendak kesana

• Penginapan dan Kemudahan

• Hubungi kami

AKTIVITI YANG DIANJURKAN

• Perkemahan

• Kem Alam Sekitar

• Jungle Trekking

• Mendaki Gunung Inas

• Jelajah Sungai Perak

• Berakit di Sungai Perak

Abseiling / Rock Climbing

Berkayak di Sungai Kenering

MAKANAN YANG DISEDIAKAN

• Menu makanan berdasarkan pakej penginapan

Pakej A (2 h / 1m)

Pakej B (3h / 2m)

Pakej C (Program Khas)

KADAR DAN BAYARAN

Jenis-Jenis Pakej dan Kadar

PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Program Pembangunan Desa Eko-Lestari

Kem 1Malaysia: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

30-31 Okt. SMK Gerik

6-8 Nov. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

9-12 Nov. TLDM. KD Sri Pelanduk.

13-15 Nov. SK TIWA Batu Gajah.

29 Nov- 4 Dec. International Workcamp on Peace and Environment.

4-6 Dec. Persatuan Pandu Puteri Perak.

18-20 Dec. UPSI Tanjong Malim.
Julai 2017
I S R K J S A
« Okt    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31